Wednesday 1 August 2012
0 comments


TRIVIA JENDELA BERDEBU 2



1.       Rasulullah S.A.W mempunyai 2 orang bilal. Siapakah kedua-dua mereka?

-Bilal Bin rabah
-Ibnu Ummu Maktum yang buta matanya

“Daripada Ibnu Umar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. mempunyai dua orang juru azan, iaitu Bilal dan Ummu Maktum, baginda bersabda: “Sesungguhnya Bilal bertugas untuk mengazankan sembahyang di waktu malam sebelum terbit fajar, oleh itu makan dan minumlah kamu semua (bersahur) sehinggalah Ummu Maktum azan yang menandakan masuknya waktu Subuh. Ibnu Umar r.a. berkata: “ Tidak ada jarak di antara kedua juru azan itu, melainkan jika Bilal telah selesai azan lalu disambung oleh Ummu Maktum pula, dalam jarak yang tidak terlalu lama”  (al-Bukhari dan Muslim)

2.       Siapakah yang telah beriman dengan kerasulan Muhammad S.A.W sebelum baginda diutuskan sebagai Rasul?

-Waraqah Bin Naufal (ahli kitab , juga bapa saudara S. Khadijah. Demikian juga dengan Buhaira.



3.       Zainab binti Jahsyi telah dinikahi RAsulullah S.A.W pada bulan Dzulqaedah, tahun ke – 5 hijrah. Siapakah yang telah bernikah dengan Zainab sebelum Rasulullah?

-    Zaid Bin harithah r.a

4.       Sebutkan dua orang wanita yang menjadi ibu susuan Rasulullah saw.

 -Suwaibah
 - Halimah Al saadiah

5.       Sesungguhnya Akhlak Rasulullah saw. Adalah contoh yang terbaik bagi kita. Nyatakan dalil yang menyebut tentang akhlak Nabi S.A.W


1.          Al-Qalam ayat 4 :
Laqadkana lakum firasulillahi uswatun hasanah

2.          Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang-orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Q.S. Al-Ahzab (33): 21)
3.          Ketika Siti Aisyah ditanya oleh para sahabat tentang akhlak Rasulullah saw., ia menjawab dengan singkat: “Akhlak Rasulullah saw. adalah Al-Qur’an.”
4.          Sesungguhnya, aku diutus tidak lain, untuk menyempurnakan akhlak yang soleh

Dan jawapan2 seumpama dengannya pun diterima juga…







0 comments:

 
Toggle Footer
Top