Friday 21 September 2012
0 comments

Senyuman Rasulullah SAW



Nabi Muhammad SAW merupakan ikutan teladan buat semua manusia. Baginda mempunyai akhlak dan budi pekerti yang sangat agung dan tinggi sehingga tercatit dalam al-quran, surah al-qalam:5 yg bermaksud ‘Dan sesungguhnya kamu (Muhammad) mempunyai akhlaq yg agung@hebat’.

Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata, "Sejak aku masuk Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindar dariku. Dan beliau tidak melihatku kecuali beliau pasti tersenyum kepadaku. "

Suatu ketika Muhammad saw. didatangi seorang Arab Badwi, dengan serta-merta ia berlaku kasar dengan menarik selendang Muhammad saw., sehingga leher beliau membekas merah. Orang Badwi itu bersuara keras, "Wahai Muhammad, perintahkan sahabatmu memberikan harta dari Baitul Maal! Muhammad saw. menoleh kepadanya seraya tersenyum. Kemudian beliau menyuruh sahabatnya memberi harta dari baitul maal kepadanya. "

Anas bin Malik berkata diriwayatkan dalam sahih Bukhari dan Muslim, "Apabila kaum muslimin berada dalam solat fajar, di hari Isnin, sedangkan Abu Bakar menjadi imam mereka, ketika itu mereka dikejutkan oleh Muhammad saw. yang membuka hijab bilik Aisyah. Beliau melihat kaum muslimin sedang dalam saf solat, kemudian beliau tersenyum kepada mereka! "

Bagaimana pula dengan kita? Sudah biasa senyum? Nabi SAW bersabda: Senyum kamu pada saudaramu adalah sedekah. Subhanallah! Tuhan kita yakni ALLAH SWT sangatlah pemurah kepada kita sebab Dia memberi pahala sedekah sekiranya  kita senyum pada saudara2 kita dan Dia juga Maha Pengasih kerana dgn senyum Dia mencampakkan rasa kasih syg kepada saudara kita.

Bayangkan, kita yang bakal menjadi doktor ini perlu banyakkan senyum  kerana pesakit yg datang akan kurang rasa sakitnya apabila melihat doktor tersenyum kepadanya. Belum pun diperiksa badan lagi,,haaa.. Hebatkan kuasa senyum! Jika wajah si  doktor sudah serius,yg tidak sakit pun akan jatuh sakit.There is a quote saying “The best medicine in the world without any side effect is a smiling face”!


Jadi,,HIDUPKANLAH SUNNAH YG MUDAH NI!


Senyum walaupun tak ikhlas, bila dah terbiasa ,ikhlas akan datang sendiri. Senyumlah kerana disitu jualah terletaknya keindahan Islam yang cuba diterjemahkan oleh Rasulullah SAW kepada kita. Wallahua’lamJ


0 comments:

 
Toggle Footer
Top