Wednesday 1 August 2012
0 comments

trivia 1

TRIVIA JENDELA BERDEBU 1


1.               Siapakah penghulu para syuhada’ di hari Kiamat kelak?

Hamzah bin Abdul Mutalib. Sabda Rasulullah SAW, “penghulu para syuhada di sisi Allah pada hari kiamat ialah Hamzah.” (Riwayat al-Hakim no.4900)

2.               Bilakah matahari pernah tidak terbenam demi seorang nabi?
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “sesungguhnya matahari itu tidak pernah tertahan tidak terbenam hanya kerana seorang manusia kecuali untuk Yusya’ iaitu pada malam-malam dia berjalan ke Baitul Maqdis (untuk jihad).” (Riwayat Ahmad)

~Nabi yusya’ bin Nun, murid kepada Nabi Musa a.s., menyertai suatu peperangan, yang mengambil masa yg pnjang hingga maghrib. Hari Jumaat berlalu dan Sabtu akan tiba. Menurut syariat mrk ketika itu, hari sabtu dilarang berperang. Maka, nabi Yusya’ pun berdoa, dengan izinNya matahari tertahan untuk terbenam dan bulan juga tidak terbit sehinggalah baginda Berjaya menakhluki negeri tsbt.

3.               Apakah punca segala penyakit mengikut hadis Rasulullah S.A.W?
Makan berlebihan.

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud, “Sumber segala penyakit ada kaitannya dengan perut yang kekenyangan.” (Riwayat al-Daruqutni)

4.               Siapakah isteri Rasulullah yang terakhir?

Maimunah r.h.a

5.               Namakan nabi yang paling singkat usianya di bumi.

Nabi Isa a.s. (berusia 33 tahun ketika diangkat ke langit)








0 comments:

 
Toggle Footer
Top