Friday 19 October 2012
0 comments

Pakcik tak boleh solat sebab pakcik uzur. .(part 1)





Jarang betul dengar pelajar yang mula kelas pukul 7 pagi, tapi kelas kami hari ni seawal 7pagi, kelas surgery dengan surgeon memang susah nak diaturkan, kerana ‘surgeon-surgeon’ memang sibuk, jadual mereka yg terlalu padat dan masa mereka mengajar kadang-kadang perlu dielakkan dari waktu bekerja mereka. Saya sampai awal, dapatlah melilau dalam wad pembedahan lelaki kalau-kalau ada doktor pelatih yang sedang ambil darah, bolehlah tengok, untung-untung diorang bagi peluang nak mencuba ambil darah, tapi tak ada.


Prosedur ambil darah dilakukan lebih awal lagi, saya yang lambat. Pesakit-pesakit nyenyak tidur, sedang berjalan melintasi pesakit-pesakit menuju ke bilik seminar, tiba-tiba terdengar suara memanggil “adik..adik..”, lemah suaranya. Saya berpaling kekiri, seorang pesakit lelaki menunjukkan jarinya kearah air.


Saya mendekati dan menyuapkan air, habis, barangkali dahaga benar pakcik ni. “pakcik dah solat subuh?” spontan soalan itu keluar, mungkin sebab soalan tu biasa ditanya bagi orang yang baru bangun pagi, “kalau pakcik nak solat saya boleh bantu” saya tambah walaupun melihatkan keadaan tubuhnya yang  berselirat dengan ‘tube’.


 “pakcik tak boleh solat dik..” jawabnya “tak larat”. “pakcik boleh tayamum, solat sambil baring pun boleh pakcik” jelasku tentang rahmat rukhshoh. “pakcik tak larat dik, pakcik tak boleh solat”. Saya kecewa dan terus beredar, Ya Allah kecil jiwa hamba-Mu ni dalam dakwah. Tak sangka sampai macam tu sekali, minum air larat pulak!

Bagaimana dengan pesakit-pesakit lain?? Setahu saya tentang ilmu fiqh, tak ada nas-nas mahupun pendapat ulama’ yang membolehkan pesakit yang tak larat untuk tidak solat, selagi pesakit itu masih sedar.


 Timbul keinginan nak tahu keadaan pesakit lain, saya masuk ke ward pembedahan perempuan, katil pertama, seorang makcik yang pernah saya dan kawan-kawan berbual semasa ‘clerking’, baik orangnya, peramah, dan dia tak tidur. “makcik dah solat subuh?” tanyaku separuh berbisik. “belum dik..”, senyum dia, “makcik nak solat? Saya boleh tolong” agak yakin saya nak hulurkan bantuan dengan keadaan dia yang agak ‘cergas’ dan ‘kurang tube’ dari pakcik tadi, “adik,macamana nak solat, salur sedut darah ni belum dicabut lagi, makcik pun da lama tak bersuci, nanti makcik keluar, makcik nak qadho’ semua solat-solat yang makcik tinggal”. 


Dalam benak, timbul persoalan, ada ke rukhshoh qadho’ solat bagi orang sakit? Rasa-rasanya belum ada, yang saya tahu bagi yang sedar tak boleh qadho’, boleh ke bertangguh dalam ibadah keluar dari waktunya? Boleh ke niat untuk qadho solat??   

  ….bersambung




0 comments:

 
Toggle Footer
Top