Saturday 27 October 2012
0 comments

pakcik uzur part 2



...Sambungan…

Kalau ada macam mana niatnya?  makcik tu alhamdulillah menutup aurat, bagi saya semangat islamnya begitu kuat, kuat juga semangat saya nak bercakap dengannya, “minta maaf makcik, setahu saya qadho’ ni bagi orang dah tinggal solat secara tak sengaja ketika dalam waktu belum bertaubat atau bagi yang tak sedar je, makcik kan masih sedar, jadi tak boleh niat nak qadho’, lagipun masa depan manalah kita tahu, saya pun tak pasti saya masih bernyawa ke petang ni”, terang saya sambil cuba mengukir senyuman, sambil mengingatkan tentang kematian, bulat juga mata makcik tu, mungkin dia tak terfikir pasal ni.


“makcik, masa sakit, kita dekat dengan kematian, jadi sepatutnya kita lagilah kena solat, insyaallah kalau ditakdirkan kita menghadap Allah ketika waktu ni, kita dalam keadaan orang yang beriman, orang beriman tak tinggal solat, sesakit mana pun, orang beriman tu sabar dan solat semampu mungkin ”. Terhangguk-hangguk kepala dia sambil matanya merenung saya, menunjukkan minat. 


“lagipun kan Allah dah kata “bertakwalah kalian kepada Allah semampu kamu” (saya bacakan ayat 16 surah taghabun), jadi kita tak ada alasan untuk tinggalkan solat, solat setakat mana yang kita mampu, yang penting kita tetap sabar dan tunaikan solat, dan kalau ditanya tentang solat kat akhirat nanti, makcik bolehlah jawab “ya Allah, aku dah buat semampu aku”, kalau tak solat, susah nk jawab dan mungkin tak ada jawapan yang membela kita dari azab”. Makcik tu diam dan terus merenung. 


“mak cik, kan Allah kata “dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan solat” (saya bacakan ayat ke 45 dari surah al-baqarah), makcik sabar dengan sakit ni dan tetap sabar untuk solat dan makcik berdoa kepada Allah untuk kesihatan dan syurga, insyaallah makcik, Allah tak mengecewakan hamba-Nya yang berdoa”. 


“makcik nak solat tak?”, saya memecahkan renungannya dengan soalan. “nak..nak..”. “ok, sekarang kalau makcik tak boleh berwudu’, makcik tayammum je, debu katil ni pun boleh, makcik solat sambil baring kalau tak boleh duduk dan cuba hadap kiblat, kalau tak boleh, buatlah semampu makcik”, masa untuk saya ‘bersiar-siar’ dah tamat, terpaksa pergi untuk kelas yang akan bermula. Saya pun meminta diri dan meninggalkan makcik tu, saya berjalan keluar dari ward, dan tiba-tiba terasa nak patah balik, nak tengok apa makcik tu buat, saya berpatah balik dan lihat dia solat sambil baring, mulutnya terkumat-kamit, walaupun serba dhaif harapnya solat dia diterima.


Manusia, tatkala ditimpa musibah, mereka akan mencari kebergantungan untuk mereka mengadu, meminta tolong atau sekurang-kurangnya meraih simpati. Hati mereka lembut, mudah dibetulkan atau dipesongkan. Ketika itulah mereka mudah mendengar arahan, menerima nasihat dan mengaku kesalahan sendiri. Maka satu peluang yang dakwah kepada tauhid yang subur dalam kalangan para pesakit. Maka para doktorlah yang selalu berada disamping mereka ketika itu, peluang ini mesti digarap, dakwah kepada tauhid mesti dilaksanakan, supaya dapat meluruskan kebergantungan para pesakit terhadap Allah SWT, bukan kepada kehandalan seorang doktor atau ubat-ubat yang difikirkan mujarab. Maka ganjaran mengembalikan pesakit kepada jalan Allah menanti para doktor.


0 comments:

 
Toggle Footer
Top