Tuesday 7 August 2012
0 comments

lambaian ramadhan


 

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..pejam celik pejam celik, sudah hampir setengah bulan kita berpuasa. Sekarang kita berada di fasa kedua ramadhan iaitu fasa keampunan seperti yang disebut dalam 1 hadis yang bermaksud :

Ramadhan di awalnya rahmah, pertengahannya maghfirah (keampunan) dan di akhirnya pembebasan dari api neraka.
Apa yang ingin dicapai di akhir ramadhan ini?
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. “
Surah Al-Baqarah: 183

Ya.Taqwa ialah kemuncak yang ingin dicapai dan ia merupakan akhlak yang paling hebat yang setiap muslim perlu miliki.

Kesilapan Kerap Dalam Bulan Ramadhan...

 Ketika sedang meyiapkan artikel ini,saya tertarik dengan tulisan Dr Zaharudin a.k.a Dr UZAR berkenaan beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh orang islam ketika ramadhan.

Ketika sedang meyiapkan artikel ini,saya tertarik dengan tulisan Dr Zaharudin a.k.a Dr UZAR berkenaan beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh orang islam ketika ramadhan. Jom kita sama-sama semak diri masing-masing, adakah kita ada melakukan perkara tersebut:

1.Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

2.Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

3.Bersahur dengan hanya makan & minum saje tanpa ibadah lain.  Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Seorang sahabat datang bertanya Nabi: Wahai Rasulullah, waktu bilakah doa paling didengari oleh Allah s.w.t ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu."                                   ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan)


4.Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Nabi SAW ada bersabda yang bermksud : "Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka, iaitu pemimpin yang adil, orang yang berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang dizalimi."
(Riwayat At-Tirmizi, 3595,         Hasan menurut Tirmizi.
     Ahmad Syakir : Sohih )

5.Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.
Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah ketika berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.


Subhanallah..mungkin kita dalam tidak sedar ada terbuat perkara di atas,kan? Itu Cuma sebahagian sahaja..Sebagai kesimpulan, ayuh kita sama-sama manfaatkan ramadhan yang berbaki beberapa hari lagi kerana belum pasti kita akan bertemunya .lagi di tahun hadapan. Semoga kita selepas ramadhan ini merupakan kita yang “baru”, hasil tarbiyah selama sebulan di madrasah ramadhan.

“kullu ‘aam wa antum bikhair..”

0 comments:

 
Toggle Footer
Top