Sunday 17 June 2012
0 comments

SURAT UNTUK MAK, DARI ANAK MAK YANG DAH TAK NAKAL..




Malam itu, aku sedang sibuk bergelumang dengan lecture notes dan buku. Tak lama lagi nak pro exam katakan.  Jam pukul 2 pagi. Dan aku sudah berkira-kira untuk memejamkan mata setelah sehari suntuk menelaah. Sebelum itu, longlai jemariku menaip sms kepada coursemateku. Tariq Ziyad, antara anak Melayu yang ku kenali di bumi Ireland ini. Sambil menahan mata yang mengantuk, ku sms Tariq. Hajat di hati nak bertanya tentang jadual exam. “Bro, exam patho t hari apa ye?”  Tiba-tiba dia reply SMS, “…Bila hari ibu? ” berkerut- kerut keningku membaca SMS tersebut. Tengah SMS pasal exam, tiba-tiba dia tanya pula bila hari ibu. Setelah keningku tak berkerut lagi, aku balas SMS dia. “Tak silap aku, hari ahad minggu yang kedua dalam bulan Mei. Kiranya, ahad minggu depan la…” Ku sms lagi, “ Taw kan..Hari ibu jatuh pada Hari AHAD pada minggu kedua bulan MEI, tiap tiap tahun…

Ya.HARI IBU, sambutan yang bertujuan mengenang jasa seorang ibu bagi seorang anak. Namun, bagi aku hakikat hari ibu bukan semata-mata suatu sambutan. Berterima kasih kepada ibu, bukanlah di hari ibu semata-mata. Malah seorang anak wajib sentiasa berterima kasih kepada ibunya, sama ada melalui ucapan atau perbuatan, bahkan bagiku setiap hari adalah hari ibu! Nabi S.A.W pernah bersabda.

"Sungguh rugi, sungguh rugi, dan sungguh rugi orang yang mendapatkan kedua orang tuanya yang sudah tua atau salah seorang dari mereka, kemudian hal itu tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga." (HR. Muslim)


Dulu, aku pernah terbaca dalam satu majalah, ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah S.A.W. , kemudian dia bertanya :


 “ Wahai Rasulullah, saya ingin (berangkat) untuk berperang, dan saya datang (ke sini) untuk minta nasihat kepada anda. Maka Rasulullah S.A.W bersabda, “ Apakah kamu masih memiliki ibu?” Lelaki itu berkata, “Ya”.  Bersabda Rasulullah S.A.W: “Tetaplah dengannya kerana sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kakinya” (HR Nasai’ dan Ahmad).

Usai membaca sms sahabatku tadi, hati aku tiba-tiba menjadi sebak. Sebak memikirkan diriku yang sudah kehilangan ibu. Dan sms tadi benar-benar mengingatkan aku kembali pada peristiwa 3 tahun lepas. Kenangan bersama arwah ibu tersayang masih terpahat di mindaku. Kenapa aku? Kenapa aku yang kau uji Ya Allah? Aku rasa mahu menjerit dan menangis. Lantas, ku capai pen di hadapanku. Ku tulis surat...

Surat untuk mak, dari anak mak yang dah tak nakal….


Assalamualaikum.Mak….. 
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari…..
Dah hampir tiga tahun mak pergi, Mak tau tak…..
Itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa……
Dan itu juga terakhir kali nya.Emmmm…
Rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh…..
Nak tinggal kan anak2 mak…..
Nak tinggal kan dunia fana ni….. 
Mak macam dah sedia…..
Seminggu sebelum tu…..
Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai…..
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu….
Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih….. Kakak pun rasa hairan…..
Mak tak penah buat gitu…..
Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak…..
Tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ……
Kengkadang siaran indonesia .. Mak terus tekun menganyam…
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan…
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2…..
Pastu mak jemur karpet-karpet. ..
Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
Mak biarkan ruang tu kosong..
Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
Paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak.. Ada kat dalam almari….. Ada kat dalam dalam beg….. Ada dalam ASB….. Ada kat dalam Tabung Haji..
Mak cakap tak berapa cukup lagi….
Ada kat dalam gulung tikar….. masa tu mak perasan takk..??
Kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar….
Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa… Mak cuma gelak jer….eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak….. Hari tu hari sabtu 18/08/2009
pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut…..
Mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk…..
Mak tetap tak mau pi hospital…. .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital…. .
Tapi kiter berkeras juga pujukk..nanti di hospital ada doktor…
Ada ubat untuk mak..kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju… ..
akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk…
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit, kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital…. ..

Mak….. Jam 4.30 pa gi 19/08 /2009
Bila tiba je kat hospital….
nurse tengah balut mak dengan kain putih…..
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital…
Mesti mak nampak abang cium dahi mak…..
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak….
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu…
mesti mak nampak semua tu kann…kann. .
Mak tau tak…. Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak…
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ….
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi….
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak….. Kiter gosok kaki mak perlahan lahan….. Mak perasan tak…? 
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter…..
Dia kata…” dikk…jangan nangis…kalau sayang mak jangan buat gitu…jangan nangis ya..” Bila makcik tu kata gitu…
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak….


Mak…..Sebelum muka mak di tutup buat selamanya… .
Semua anak2 mak mengelilingi mak…
menatap wajah mak buat kali terakhir…..
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja…
Mak rasa tak…. masa tu kiter sentuh dahi mak….
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk……
Kiter tak mampu nak cium mak… kiter tak daya….
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar…
Airmata kiter tak boleh tahan….
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak…
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak….
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah…..
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik…
badan akak terasa panas…
Makk… anak mak yang seorang tu demam….
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.

Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi…
Begitu terasa kehilangan mak…
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata…
Dan sampai satu tahap….
masa tu malam jumaat selepas maghrib…
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ….
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi…
semakin kiter tenung terasa semakin sayu… tangisan tak dapat dibendung… Mak tauu… kiter cuba bertahan…
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda…
Kiter rasa nak telefon mak… nak cakap dengan mak….
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong…
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi… Puas la kakak memujuk kiter…
Akak kata…” tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak…”
Dan akhirnya akak juga nangis…..
Mak tau tak.. di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati… rasa nyilu sangat… menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni….
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma… hanya sedekah al-fatihah kiter berikan…..

Mak….Sampai takat ini surat ni kiter tulis….. kiter nangis ni….. Ni kat dlm bilik…baru pukul 4.00 pagi…. Takder orang yang bangun lagi….. kiter dengar nasyid tajuk “anak soleh” kiter sedih… kiter rindu kat mak..! Takpa la…. nanti bila kita selesai sembahyang subuh, kiter baca yassin untuk mak ye…

akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter…
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang…
boleh rasa duduk kat negara orang… sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

 Sekian terima kasih, Yang Benar Anak Mak Yang Dah Tak Nakal


P/S:

Kesimpulannya sahabat-sahabat sekalian, ibubapa kita itu bukanlah sesuatu yang boleh diambil remeh. Ambillah masa sekurang-kurangnya sekali sehari bertanyakan khabar mereka. Bukankah redha Allah itu ada pada redha ibu bapa kita? Yuk beramal!! 

0 comments:

 
Toggle Footer
Top