Friday, 22 June 2012
0 comments

apa itu tajdid??




Tajdid itu bukanlah membawa satu ajaran yang baru dalam Islam. tetapi menulenkan kembali Islam seperti tulennya Islam sebelumnya, seumpama air hujan yg jernih turun di bukit-bukit, lalu air itu dibawa melalui sungai-sungai, lalu dibawanya pasir, selut, dan sampah-sarap, maka keruhlah air yg jernih td di muara, maka tugas tajdid adalah menapis air yang keruh di muara supaya menjadi jernih seperti air hujan yang turun sebelumnya. Tajdid membersihkan keruhan yg dibawa manusia yg berbagai budaya, berbagai latar belakang kedalam Islam. keruhan Islam itu berupa bid'ah, khurafat serta adat resam sesuatu kaum yg bercanggah dengan Islam tapi dianggap sebahagian dari pengamalan islam.

Mari teman jua sahabat. Mari bersihkan minda/ fikrah dari sebarang perkara yg terpesong dari Islam.
 

ISLAM YU'LA WALAM YU'LA ALAIHI ~ >> ISLAM itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi selainnya.

0 comments:

 
Toggle Footer
Top